Sunday, May 2, 2010

Laporan Balik Hari Melaka

Pada weekend yang baru baru ini, saya dan ibu bapa saya telah pergi ke Melaka untuk majlis konvokasi terlewat abang sulung saya bersempena dia menjadi pilot. Kejadian bertempat di D'Village Resort, Batu Berendam, saya ulang, Melaka.

Ibu bapa saya tiba di KLIA seawal jam 8.30am dan saya telah mengutip mereka lalu terus ke Melaka sambil berjudi (gamble) jalan. Sedikit sesat tetapi tidak mengapa.

Memandangkan kami tiba macam awal sikit, maka kami pun ke kota Melaka dulu.

Itu ibu saya. Sebelah dia bapa saya.



Bapa saya usha2 kedai yang sedia ada di bangunan merah merah sana.



Ini ibu saya. Sebelah dia itu saya.


Oh oh! Pakai baju kurung sebab dekat surat jemputan tu kata pakai formal. Tidak akan lah saya nak pakai baju korporat petronas saya kan. maka pakai sahaja lah baju kurung hoho. Kot la boleh pancing pilot mana2 ohooo!


Penat berpanas pusing pusing kami pun duduk makan cendol. Saya ambil gambar kedai cendol itu. Tiba tiba abang kedai pisang goreng sebelah cemburu dan memekik "Camtu laa, ambik gamba dioraaangg jeee", maka saya pun terus ambil gambar mereka juga sambil abang itu sempat posing aman.



Saya sangat sopan santun. Terima kasih. Tapi macam malu jugak kena hon hon kereta yang lalu lalang.



Kedua ibu bapa saya berserta kincir air yang tak pasti ber fungsi atau tidak.



Disebabkan panas, ibu dan bapa saya telah pun masing2 membeli topi yang sangat menandakan diorang ni tourist yang berharga RM10 each. Comel je mereka membeli belacan.



Sudah di Convocation Hall di Resort kurang terkemuka itu. Panas pulak tuh. & sungguh ramai orang. Saya bosan dan kepanasan. Saya telah main2 gambar dengan cermin di tandas. Terima kasih.



Itu ayah saya ambil sijil berjaya jadi juruterbang abang saya bagi pihak.



Saya memang tak kenal artis sebab saya pun artis. Jadi ayah saya la tak habis2 pin point itu siapa itu siapa. Antaranya pelakon manatah serta DJ Dave (siapa ntah)


Kemudian kami pergi ke rumah saudara mara papa. Sedikit jauh entah ke mana. Saya pandu sahaja mengikut makcik saya ituh. Di rumah mereka ada 2 ketul kanak kanak yang sungguh comel dan menambat hati suka suka.

Lihatlah dua ketulan ini. Comel kan?



Budak kachak.



Kanak comel berserta datuknya yang tak kalah comel.


Sekian laporan balik hari Melaka saya.

Note: Lately kena mengarang surat dalam BM, so kena la practice blogging in BM formal dah kan? Oh BM saya masih sungguh elok dan hebat. Terima kasih Cikgu Monih Epin yang ajar saya BM time form 3 tapi lepas tu dapat B utk PMR.

4 comments:

Kenangan Lalu said...

Suke tol ngan slashed words tuh~! very da diva la kaklong!

^coco^ said...

meow~~
mmg mantap gile BM..huk3..
pasni bwk ak lak jejln g melaka..ngee

Anonymous said...

oh! anak DJ Dave dah dapat jadi pilot. ahaha! anak beliau adelah senior di UTP dulu. well. senior tak sempat abis.. heh!

miss ilya said...

gadis,hensem gile ur bro :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...