Sunday, September 5, 2010

Hari Raya Preparation

Kalau dah nama nak Raya tu, tak sah la tak shopping kan. Acara shopping saya telah bermula sejak sebelum mula Puasa lagi. Time tu rasa nanti puasa sure tak larat lah nak keluar pegi shopping and bergusti baju raya dengan orang ramai lagi. Siap dah beli 2 + 1 baju kurung nih ( + 1 sebab 1 tu baju kurung bodoh biasa untuk pergi kerja punya). Siap dah pakai pun pergi parti liar sebelum berpuasa dan majlis2 buka puasa.

Sebab tu kot saya pun lupa sebenarnya macam dah ada Baju Raya tahun ni. Tapi mungkin jugak sebab baju tu tak cukup GeRAND. Tapi apa-apa pun, lepas tu ada lah lagi beli 2 pasang lagi baju kurung.

Tapi apa yang pasti. Dari pemerhatian saya yang kuat la jugak shopping and macam sikit2 follow la jugak trend baju raya ni. This year punya design paling HAMPEH. Everything lah. Dari yang ropol2 kat tangan, manik2 cheapo kat leher/dada, material see-thru dan susah nak iron, corak/pattern yang kampung gila, etc. Dari Masjid Hindia ke Carrefourre Wangsa Maju ke Ampang Park/Point. Sad doh. SAD. Tah kenapa satu pun tak terkenan di hati.

I ended up with back-to-basics. The Classique Baju Kurung.

Probably saya yang kampung. Tapi takperlah. At least I don't look makcik.

Aa dah ada baju raya, musti la ada Tudung Raya jugak kaan. Urm. All I can say is.. Dalam tempoh satu setengah hari (semalam dan pagi ini) saya telahpun membeli sepuluh (10) biji tudung. Terima Kasih.

Oh oh lagi. Kuih Raya. Tak henti-henti saya beli. Saya tak suka makan pun. Tapi sebab dah diberi amanat oleh keluarga saya di Sabah kan. Ade je troli Kopetro lalu dekat office tu, ada la saya beli. Order lagi sana sini pergh. I think I spent almost RM500 for Kuih Raya only. Penat la cari Tart Nenas yang awesome. Thanks kepada yang mengrekomen macam2.





Pastu banyak la lagi barang2 sampingan yang dibeli (dan dibelikan hihi) seperti Kasut Raya, Jeans Raya, dan Brooch Raya. Suke suke suke! Terima kasih yang sabar meneman :D

Ooohh tapi yang paling gumbira riang ria bila jumpa Camera Bag (Raya) yang dah lama gila cari dan kalau jumpa pun asyik tak berkenan atau terlalu mahal. Aaaaa!!! *hysteria* Terima kasih awak! :D


Sangat sangat suka bila jumpa beg ni! Cinta pandang pertama lah! I've always wanted a new bag for my DSLR - tak suka the conventional Canon DSLR bag - nanti kena rompak dan memang tak stylo lansung. Yang ni dah la compact, size just nice, can fit in everything, and its so gadis! Chick la konon. Sila menyampah kepada yang benci Pink. AAK! (ada aku kesah~)

Oke cukup. Kena start packing. Flying back Tuesday night oooh la la~~

3 comments:

eVy-D-YaNa said...

wah..kuih raya sgt menyelerakan...dyana suka gila kuih raya...hehe~

siyes, camera bag tu mmg cute...sesuai la dgn sis~ =)

izza` said...

wahaha kte x suke, tp layankan je la. kte suka tart nenas je hehe

yeay sgt jatuh cinta oke. thnks kerna like jg hihi! slmt hr raya my 'freshie'! :D

Amira Amirae said...

nk tya beli beg nie dkt mne ? :) harap dapat jawab tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...