Sunday, October 31, 2010

terkadang diri ini merindui..

terkadang diri ini merindui.. sembahyang berjemaah di masjid/surau.. sendirian atau bersama rakan-rakan.. rindukan bacaan ayat-ayat al-Quran merdu oleh imam.. diikuti zikir yang lunak beramai-ramai.. diselesaikan dengan bacaan doa-doa oleh imam yang merangkumi aspek2 kehidupan yang terkadang kita lalai dan ambil mudah.. lalu kenal tak kenal semua saling bersalaman dengan senyuman kerana tahu kita semua bersaudara.. tak lupa juga bangun ber qiamullail yang rasanya tidak pernah lagi dibuat sejak meninggalkan sekolah menengah..

yerla. dulu skolah asrama asyik escape surau kerja. kalau dah kena hambat ustazah suruh turun, lepas solat pun macam kabut lipat telekung lari sebab malas bersesak. imam baca doa kat depan, belakang dok borak gelak2. bangun qiam macam haram sujud pun boleh tertidur.

terkadang bila diri ini solat bersendirian, kenangan lama itu semua terimbau semula.. rindu sebenarnya nak solat berjemaah.. bila baca doa, mintak ikut sedap bahasa melayu je sebab tak hafal banyak mana doa-doa lazim.. kalau terawih pun buat sorang2 kat bilik je.. masjid sekangkang kera je, tapi sebab takde geng, memang berat nak mengangkang pergi. alasan? konon hidup kat KL ni memang masing-masing buat kerja sendiri je. dan masing2 pun sibuk. itu lah jadi nye.

tapi betul. terkadang saya merindui itu semua..

Thursday, October 28, 2010

UTP 10th Convocation


Its been a hectic & difficult few weeks I went thru back then. With my tebuan sting. Mid-year review thing. Late nights in the office. Parents coming over. Raya gatherings here & there. Drama Cinta Melayu berbabak2 Bodoh.

A bit terlambat to post this up but iyea, this was my left foot after being stung - picture taken approximately 10 days after the stung. Until now, my left foot stil tak sama color with the normal (right) foot.

So I had a great weekend escape last 2 weekends I guess. Its never too late to share these moments. I had a super time with my babes & feel so refreshed. Taking their photos, gossiping till late night, updating each other o0ooh! Love u girls!

















HAPPY CONVOCATION darlings! XOXO

Monday, October 4, 2010

Kena Sengat Tebuan uuuu First Time :'(

Niat ku pada malam sebelum kejadian ini adalah sangat suci. Saya nak masuk office awal esok, at least by 7am tu dah dekat cubicle on PC. Nak siapkan draft untuk mid-year review!

Maka malam itu pukul 10pm saya pun tarik dah selimut.

5.30am - Lagu If Its Love by Train berkumandang. Snooze 5mins. Baru bangun. Ambik tuala. Masih berpakaian pls everyone. Melangkah ke toilet, kaki kiri (lebih afdhal) took the lead mengkuis2 mencari selipar toilet.. and CAK!

Perrghhh sakit dia menyengat sungguh. Dengan laju otak saya mengflash-back saat2 berus gigi sebelum tidur semalam. Ada tebuan duk bodoh langgar2 lampu kalimantang dlm toilet tu. Saya pun biarkan aje la, thinking malam nanti dah tutup lampu dia terbang la dia keluar. Rupanya kau tidur pulak dalam selipar aku! Arghh..

So. Iyea. Saya disengat tebuan. Terus terlompat2 terduduk di katil n tekan kaki kuat2 tahan darah dari circulating laju sangat & bawak the venom jalan jauh2 dalam badan. Cepat2 cari something ikat kuat2. Erghhh.. Memang berair mata time tu.


Apa nak buat ni? Housemates pun tak bangun lagi. Call papa. Papa kan doctor tauliah sendirian berhad.
Papa: Assalamualaikum! (uih bapak aku macam pak aji pulak)
Izza: Aaa salam papa.. erm.. Kena sengat tebuan..
Papa: Allah Hu Akbarrrrr~~~ Masya Allah!

Aaaa hehe. Papa pun tak brapa sure, tapi dipesannya sapu antiseptic for insect bites kalau ada, tapi takde pulak. Papa pun kata nanti dia check kat internet dulu and call balik.

Saya pun proceed je lah mandi tanpa mengenakan air kat kaki kiri tu, aand bersiap2 seperti biasa. Nak jugak masuk office nih. Tengah fikir2 g klinik 24jam terus ke or g office dulu.. tunggu Twin Towers Medical Center (TTMC) bukak which is like 8 or 9am. Time tu baru 6.20am kot.

Tak lama pastu papa pun call. Dia baca kat internet. Bee sting. Taruk colgate to soothe the veins. Also apply cold ice. Saya pun taruk la colgate.

Ni gambar tebuan jahat tu. Nyah kau! Ambik gambar sebab nak tunjuk doctor in case doctor tanya. Saya kan lembu & kerbau pun tak pandai beza. Inikan lebah & tebuan. Tapi saya ingat sangat tebuan ada jalur oren n muka nampak garang sebab dulu kecik2 rumah ada tebuan.


Dengan selamba yaya nya saya pun drive ke Klinik 24jam yang terdekat sorang2 berpakaian kerja segak. Nasib kaki kiri and kereta auto. Bila masuk jumpa doc, free2 kena bodoh sebab taruk colgate. Siap tanya website mana tengok tuh. Aaa doctor garang hehe.

Doc: Saye kena inject kamu ye. Ni untuk prevent general allergy. Takut tiba2 nanti you mata or muka badan terbengkak gatal2. Naikkan baju lengan.
Izza: Oooh.. Aaa jarum eekk.. Hehe.. Baeklah..
Doc: Urm.. Tapi sakit tau ni. Lengan kamu tak cukup lemak lah. Cucuk kat bontot lah.
Izza: Eh tapi doc, lengan saya gemuk, banyak je lemak jugak.
Doc: Betul? *sambil jeling kejap lengan saya* Eysh sakit ni. Takperlah kat bontot je lah. Gi baring.
Izza: Aaa baek...

Betul la sakit injection tu. Terasa betul ubat die ergh.

Pastu nurse pun clean kan kaki ku dari colgate bodoh tu ngan normal saline, and sapu antibiotic secolek.

Doc: Saya kasi kamu MC satu hari ye.
Izza: Aaaaahhh? *ngan muka terkerut dan macam sedih tak rela*
Doc: Nape? Nak gi kerja jugak ke?
Izza: Ha'aah.. saya sayang kerja saya..
Doc: Takpe ambik dulu MC ni, rasa2 nak pitam pakai la
Izza: Aaa baek..

Pastu kasi ubat pills Kurang Bengkak dan Tahan Sakit. "Nanti few days lagi dia bengkak & bernanah, datang balik la. Tapi kalau datang allergy like you sesak nafas, pening2 berpeluh2 tu, you kena gi hospital terus, tu kami takde treatment" Aark ngerinye kene gigit tebuan.

Time tu dah 7.30am. Saya pun lalala drive ke office and singgah pickup Darnih. Nasib dia ada, boleh sambil drive and makan muffin and minum milo untuk isi perut before makan ubat.


Masuk office dalam 8.20am. Patutnya our team buat mid year review discussion. Tapi sorg lagi team member pun down with bad cough. So all sessions postponed la. Speedy recovery to you too Maddy!


Urm. My boss dah asyik menghalau saya balik. Saya sengih2 je.

Boss: Izza, kejap lagi lepas meeting I hantar you balik.
Izza: Takpe takpe boss. I'm driving. Yerla japgi saya balik.
Boss: Ehh kaki macam tu nak drive sendiri balik! Takde takde! Nanti KaNid & Zida hantar balik.
Izza: Aaa.. Nguu. Kaki je ni boss. Otak masih functioning lagi..

Disebabkan dah kena ugut macam2 dengan boss, saya pun lari lah before dia habis meeting ngee. Dalam 11.30am camtu. Tapi singgah TTMC dulu. Just to make sure things oke la, sebab sakit nye tak nak surut2 erghh.. Doc sana kata oke dah tu ubat2 the earlier doc kasi. Just dia kasi jugak allergy pills just in case i kena after the jab punya effect habis. And kaki ku dimanjakan sekejap dan disapu flavine oleh nurse lemah lembut TTMC.


Doc suroh balik & rehat, jangan banyak jalan. Oo baek..

Tapi saya singgah lagi dobi. & couldn't resist singgah supermarket kegemaran just nak main nyanyaw gemuk2 di sana. Beli la jugak air mineral.


Nama pun Izza kalau dah dapat duduk rumah memang tak diam la. Memang dah tak reti tido tengahari. So duk sibuk ngemas bilik and rumah, banyak je pulak jalan ngeee.. Ada la sempat layan Nanny McPhee 2 yang baru la jugak tu.

Terharu friends & colleagues punya concern duk call2 tanya hee thank youu :') Paling sweet is my boss Pn Nid & Zida. About 5pm kot. Tiba2 dpat call kata dah dekat depan apartment! Ya Allah.. They came to melawat as well as bawak half-a-dozen Big Apple Doughnuts & ubat sapu gamat House of Healin. Terharu bangat :')

Boss: Izza esok kalau tak elok lagi takyah masuk office k.
Izza: Aaa oke je ni boss.. Otak functioning lagi..
Zida: Itu je Izza jawab dari tadi!!!
Haha :D

I took some time to google around for some traditional medication/remedy bila disengat tebuan ni. Masalah google bahasa melayu ni lah, limited resources. Bee is lebah kan. Tebuan english ape wei? Haa.. lagipun nak cari traditional remedy, kena la bhasa melayu. Ada kata taruk cuka, minum cuka. Tapi paling menarik to me was from this one blog. Dia punya wife punya rahsia la. "Sapu di 'pintu', gosok tempat kena sengat tu, ibu sendiri saja yang boleh buat, orang lain tak boleh. Ayahnya pun tak boleh buat. Ibu saja". Amazing. Ade sapa2 nak try buat kat anak derang tak? hehe. Tapi tiba2 macam tersebak sikit la saya baca article tu. Macam jauh pulak nak juih kan kaki saya ke Sabah suh mak gosok kot kan? Nguuu...

So this is my kaki now. Merah & semakin gatal2. Satgi tido nak rendam dalam air ais. Hopefully alls better tomorrow dan saya yang konon workaholic ni nak sibuk2 lah. Nites!


Maaf kaki huduh.

Kisah Org Kahwin Kami Ber ExploRace dan Malu!

Sabtu baru ni saya pergi sleep over rumah babe Oyen & Sya. Ida pun turun sama. Malam tu Ida ajak teman dia pergi ke wedding reception ex-boyfriend mak Ida kawan mak Ida punya anak. Kira wakil la, sebab mak ida jauh.

Kenduri kahwin Wedding Reception pasangan tersebut dilansung dengan agak GeRAND la. Asalnya saya tak nak pakai bedak foundation pun, tapi bila babes dah mula berjangok, and bak kata Ida kita kena park bawah bukit & akan ada shuttle pick up the tetamu, saya pun terus tempek bedak tebal sikit.

Ida pesan dah by 8pm kena ada sana, nanti kena tinggal shuttle. Tapi biasalah bila anak dara mula menjangok. Sorry. Jadi nya 7.45pm baru keluar rumah (dengan terMagrib sebelum masuk waktu nya haha)dan dengan stuck2 dekat MRR2 lagi, dan dengan stereng kereta dah pusing 360 darjah dalam 2 saat ambik kona maut sebab taknak terlepas exit yg sepatutnya, dengan pakcik tepi jalan bagi arah konfiden tahpape, berhenti tanya pakcik yang mengisi minyak kat stesen minyak tapi pakcik tua tak nampak peta, sesat masuk hutan gaung manatah.. Sampai la kitorang tanya sorg pakcik rempit orang local kawasan Kemensah tu. Baik betul pakcik itu bawak ktorg sampai ke tempat shuttle. Terima kasih pakcik! Dengan cepat2 kami hulur duit raya dalam sampul - pakcik taknak terima - tapi kami campak masuk bakul motosikal dia.

Sesampai tu dah nak pukul 9pm. Rupanya ramai je lagi yg baru jugak sampai and still queue tunggu shuttle. Depan kitorg yg baru2 jugak sampai, sebuah kereta Chevrolet Captiva. Keluar seorg pakcik, makcik, nenek, kakak sulung, kakak tengah, adik bongsu. Kakak sulung menjeling slack sebentar kereta Myvi Ida yg baru tiba. Kami dalam kereta mula berbisik.

Kitorg pun keluar kereta & control cun. Macam gerand la kan majlis ni, ada siap pakai mcm prom night dress & gown bagai. Kakak tengah berbaju kebaya putih see thru dan berseluar asyik berpeluk tubuh & kening dah bersambung berkerut2. "Apa ni? Ramai giler lagi queue kot! Bodoh la! Kalau tau macam ni elok takyah datang! Kan dah kata takyah datang!" Terpekik2 dia seorang diri tanpa dipedulikan adik beradik & mak dia. "Eeee K*mak betul!" "F*ck laa!" dan macam2 lagi ayat makian dilontarkan bertalu2 dengan kuat tanpa menghiraukan org sekeliling yg memandang, dan di depan nenek & parents dia!

Ayah & nenek bertongkat dah naik satu kereta Camry (shuttle car yg disediakan pengantin untuk ambik tetamu dr bawah bukit yaww). Queue system hampeh sket, so we walked up the hill je lah sebab tak tahan dengar minah carut tu. Peluk ketiak jugak la dengan heels naik bukit jalan tar. Rupanya ramai lagi ngah queue atas tu, sebab after that dah memang haram tak boleh jalan kaki. Lama jugak menunggu, mau lebih setengah jam jugak la. Tup2 nampak minah sengal & family dia dalam kereta lalu queue ular kami. Err.. ockay, mungkin dia relatives pengantin, takperlah.

Sampai atas. Salam2 sape2 tah. Makan2 dia nice. Its open garden concept. Atas bukit. Tapi ktorg pun kata ini kalau hujan memang kensel terus la event nya.

And it happened while most of the crowd dah nak balik. Mula2 tu dengar jugak guruh. Masing2 dah buntangkan mata. Tengah queue yg panjang bangat, tiba2 hujan! Ida terus mengeluarkan payung sakti dia. 4 orang under 1 payung ok. Hujan lebat pulak tu. Akak pakcik makcik nenek adik2 kat depan taknak berganjak dari queue sebab dah lama tunggu, sanggup je berhujan. Again. Lebat pulak tu! Abang2 dah mula bukak samping utk berteduh kepala. Tapi lama2 kuyup jugak.


Kepala kami nampak kemas dan elok la lagi, padahal badan dah kuyup! Nak2 bawah payung tu ada bontot besar 'kecik2' je orangnya.

Akhirnya sampai turn kitorg. Hasrat nak la naik kereta import gerand sket as shuttle turun, malangnya time turn kitorg tu kereta waja la pulak singgah. Takperlah good enough. "abang2 kitorg boleh naik ke kereta tu?" tanya kami gadis2 comel kepada abg yg berbasah jaga queue kereta. "Boleh boleh! Pergi nuh!"

Lalu kami pun berlari2 meluru ke kereta sambil cuba jugak stick bawah 1 payung tu. Saya la 1st meluru masuk ke seat belakang. Kelihatan cik abg yg bawak kereta panik mencampak kemas barang2 kt seat blkg. Dlm hati saya, aik kenapa baru nak kemas, kan tadi dah bawak penumpang lain? Pastu Oyen, aik, kenapa kering je seat ni. Sya pun masuk next. Ida yang pegang payung masih di luar, kelihatan seperti berebut seat depan dengan seorang makcik eh kakak. Dlm hati Ida, oh akak ni tak kisah pun join ktorg, nak cepat habiskan queue kot, and Ida dengan baik hatinya "Aaa takperlah akak duduk lah depan".

Tup tup... tak lama lepas tu baru kitorg sedar... Ini kereta TETAMU lain! Oh God malu gilaaaa! Tapi abg dah drive ke bawah, ktorg pun buat lawak cover malu je sambil blame abg yg suruh je ktorg naik kereta ni cis cis. Tapi apa2 pun ktorg malam tu memang mantap laju terus semua faham2 (bila akak tu kata kena cas utk steamer keringkan kereta la esok) and hulurkn duit raya! Phew. Akak pun sempat promot namecard bisness buat cake dia. Ktorg pun siap demand "depan lagi bang depan tu sikiiit lagi bang"

Dan sekian lah kisah explorace MRR2/Kemensah kami.

Esoknya semua bangun dengan kepala berat bagai batu dan tersengal2 badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...