Monday, October 4, 2010

Kisah Org Kahwin Kami Ber ExploRace dan Malu!

Sabtu baru ni saya pergi sleep over rumah babe Oyen & Sya. Ida pun turun sama. Malam tu Ida ajak teman dia pergi ke wedding reception ex-boyfriend mak Ida kawan mak Ida punya anak. Kira wakil la, sebab mak ida jauh.

Kenduri kahwin Wedding Reception pasangan tersebut dilansung dengan agak GeRAND la. Asalnya saya tak nak pakai bedak foundation pun, tapi bila babes dah mula berjangok, and bak kata Ida kita kena park bawah bukit & akan ada shuttle pick up the tetamu, saya pun terus tempek bedak tebal sikit.

Ida pesan dah by 8pm kena ada sana, nanti kena tinggal shuttle. Tapi biasalah bila anak dara mula menjangok. Sorry. Jadi nya 7.45pm baru keluar rumah (dengan terMagrib sebelum masuk waktu nya haha)dan dengan stuck2 dekat MRR2 lagi, dan dengan stereng kereta dah pusing 360 darjah dalam 2 saat ambik kona maut sebab taknak terlepas exit yg sepatutnya, dengan pakcik tepi jalan bagi arah konfiden tahpape, berhenti tanya pakcik yang mengisi minyak kat stesen minyak tapi pakcik tua tak nampak peta, sesat masuk hutan gaung manatah.. Sampai la kitorang tanya sorg pakcik rempit orang local kawasan Kemensah tu. Baik betul pakcik itu bawak ktorg sampai ke tempat shuttle. Terima kasih pakcik! Dengan cepat2 kami hulur duit raya dalam sampul - pakcik taknak terima - tapi kami campak masuk bakul motosikal dia.

Sesampai tu dah nak pukul 9pm. Rupanya ramai je lagi yg baru jugak sampai and still queue tunggu shuttle. Depan kitorg yg baru2 jugak sampai, sebuah kereta Chevrolet Captiva. Keluar seorg pakcik, makcik, nenek, kakak sulung, kakak tengah, adik bongsu. Kakak sulung menjeling slack sebentar kereta Myvi Ida yg baru tiba. Kami dalam kereta mula berbisik.

Kitorg pun keluar kereta & control cun. Macam gerand la kan majlis ni, ada siap pakai mcm prom night dress & gown bagai. Kakak tengah berbaju kebaya putih see thru dan berseluar asyik berpeluk tubuh & kening dah bersambung berkerut2. "Apa ni? Ramai giler lagi queue kot! Bodoh la! Kalau tau macam ni elok takyah datang! Kan dah kata takyah datang!" Terpekik2 dia seorang diri tanpa dipedulikan adik beradik & mak dia. "Eeee K*mak betul!" "F*ck laa!" dan macam2 lagi ayat makian dilontarkan bertalu2 dengan kuat tanpa menghiraukan org sekeliling yg memandang, dan di depan nenek & parents dia!

Ayah & nenek bertongkat dah naik satu kereta Camry (shuttle car yg disediakan pengantin untuk ambik tetamu dr bawah bukit yaww). Queue system hampeh sket, so we walked up the hill je lah sebab tak tahan dengar minah carut tu. Peluk ketiak jugak la dengan heels naik bukit jalan tar. Rupanya ramai lagi ngah queue atas tu, sebab after that dah memang haram tak boleh jalan kaki. Lama jugak menunggu, mau lebih setengah jam jugak la. Tup2 nampak minah sengal & family dia dalam kereta lalu queue ular kami. Err.. ockay, mungkin dia relatives pengantin, takperlah.

Sampai atas. Salam2 sape2 tah. Makan2 dia nice. Its open garden concept. Atas bukit. Tapi ktorg pun kata ini kalau hujan memang kensel terus la event nya.

And it happened while most of the crowd dah nak balik. Mula2 tu dengar jugak guruh. Masing2 dah buntangkan mata. Tengah queue yg panjang bangat, tiba2 hujan! Ida terus mengeluarkan payung sakti dia. 4 orang under 1 payung ok. Hujan lebat pulak tu. Akak pakcik makcik nenek adik2 kat depan taknak berganjak dari queue sebab dah lama tunggu, sanggup je berhujan. Again. Lebat pulak tu! Abang2 dah mula bukak samping utk berteduh kepala. Tapi lama2 kuyup jugak.


Kepala kami nampak kemas dan elok la lagi, padahal badan dah kuyup! Nak2 bawah payung tu ada bontot besar 'kecik2' je orangnya.

Akhirnya sampai turn kitorg. Hasrat nak la naik kereta import gerand sket as shuttle turun, malangnya time turn kitorg tu kereta waja la pulak singgah. Takperlah good enough. "abang2 kitorg boleh naik ke kereta tu?" tanya kami gadis2 comel kepada abg yg berbasah jaga queue kereta. "Boleh boleh! Pergi nuh!"

Lalu kami pun berlari2 meluru ke kereta sambil cuba jugak stick bawah 1 payung tu. Saya la 1st meluru masuk ke seat belakang. Kelihatan cik abg yg bawak kereta panik mencampak kemas barang2 kt seat blkg. Dlm hati saya, aik kenapa baru nak kemas, kan tadi dah bawak penumpang lain? Pastu Oyen, aik, kenapa kering je seat ni. Sya pun masuk next. Ida yang pegang payung masih di luar, kelihatan seperti berebut seat depan dengan seorang makcik eh kakak. Dlm hati Ida, oh akak ni tak kisah pun join ktorg, nak cepat habiskan queue kot, and Ida dengan baik hatinya "Aaa takperlah akak duduk lah depan".

Tup tup... tak lama lepas tu baru kitorg sedar... Ini kereta TETAMU lain! Oh God malu gilaaaa! Tapi abg dah drive ke bawah, ktorg pun buat lawak cover malu je sambil blame abg yg suruh je ktorg naik kereta ni cis cis. Tapi apa2 pun ktorg malam tu memang mantap laju terus semua faham2 (bila akak tu kata kena cas utk steamer keringkan kereta la esok) and hulurkn duit raya! Phew. Akak pun sempat promot namecard bisness buat cake dia. Ktorg pun siap demand "depan lagi bang depan tu sikiiit lagi bang"

Dan sekian lah kisah explorace MRR2/Kemensah kami.

Esoknya semua bangun dengan kepala berat bagai batu dan tersengal2 badan.

3 comments:

idarieka said...

izza~sgt detail ok cter ko..dr teet kwn mak aku..mgrib terawal..hingga kedalam kete org..smua sgt detail..i like~~ haha..ouh..nak tmbh satu. "jangan mencuri lebah, kepala belud badan ular" dats was scary..hee

oyenks said...

appreciate first experience :D
kalau dapat kali kedua *geleng-geleng laju-laju*

Thanks izza for the diary. Boleh cerita anak cucu. huhihuhi~~`

izza` said...

:D

Jangan Mencuri Lebah.
Badan Belut Kepala Ular.

bodoh betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...