Thursday, August 6, 2009

30 Perkara Lelaki Perlu Tahu

Got this from a junk mail & tot it'd be nice to share it here. Kalo ade laki kat luar sane yg dah tahu semua 30 Perkara Lelaki Perlu Tahu ni, call me at 012-3456789 XD

Lelaki perlu tahu....

1.Wanita terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

2.Wanita pandai berhias bagi menawan hati lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gilakannya. (erk. xperlu kot smpai tergila2)

3.Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare. (*angguk2*)

4.Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.

5.Wanita sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.

6.Wanita suka apabila kita selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama rakan-rakan kita.

7.Wanita suka apabila kita menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.

8.Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk. (*head-banging*)

9.Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat.

10.Wanita tidak suka apabila kita asyik mengarahnya seperti hamba.

11.Wanita memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya. (o yeah)

12.Wanita begitu sibuk pada bulan Ramadan. Mereka juga mengurangkan bercakap semasa berpuasa tetapi menambah kekerapan membeli belah. (haha!)

13.Wanita tidak suka kita bercerita perkara yang tidak diketahuinya kerana mereka rasa mereka kurang berpengetahuan.

14.Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda barangan yang disukainya.

15.Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.

16.Wanita kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.

17.Sekali pandang gincu yang dipakai wanita sama sahaja warna merah,tapi dua kali pandang warna itu sebenarnya tidak sama; ada merah hati, merah sirap, merah ros, merah darah dan merah jambu. (haha!)

18.Cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali. (oih yg ni melampau la. not me not me.)

19.Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.

20.Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.

21.Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat menghargainya.

22.Jangan lupa beli hadiah hari lahir dan ulang tahun perkenalan. (plg penting! :p)

23.Sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap kepadanya.

24.Biarkan dia bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri. (gile cam tak ikhlas haha)

25.Apabila kita nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi amat menyukakan hati wanita.

26.Wanita cepat jemu. Jadi dia suka berjalan-jalan dan mencari hiburan. (haha!)

27.Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.

28.Wanita cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan mempertahankan kepentingan peribadi.

29.Wanita suka membaca cerpen dan novel yang berkaitan dengan cinta. (boole la. reminds me alot of syaima lah yg ni :p)

30.Wanita sering memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka bercermin, menaruh angan-angan bakal suaminya dan suka mengawal lelaki. (er.. tak ske nk kawal org. sbb tak suke dikawal jgk.)

Coretan ikhlas dari seorg lelaki.

12 comments:

Anonymous said...

i bet at least 1 person have dialed that phone number u posted. haha

izza` said...

lol! i kinda bet there's no guy out there can possibly understand & have all these 30 criteria. :p

Pn Syaima' said...

uit. busuks.
tp mmg betul pun psal point num 29 tu. sgt kena mengena dgn diri ini. ahaks.

fullmark87 said...

aku setujuk dengan semua point yg diberikan..
hoho...
tp some point tuh depends gak la ngan seseorang. point yg mana? haa...yg itu kita tak tau. XP

izza` said...

syai. terharu tp xnk ngaku. ee nyampah~ :P

hahaha pali selaku laki pn setuju kn kn kn~? ehe well ofkos some ikut kemampuan sndri n keadaan la jg kn oho.

Unknown said...

Berdasarkan pengalaman point2 yg diutarakan mmg betul sekali. Hahaha x tahan laki mana la yang buat coretan tu. :)

izza` said...

hehe xper, bagus la kn die rajin nk buat coretan tu. sbgai reminder utk sume ehe. meng ada kn dunia yg lebey harmoni ^^

Anonymous said...

Nice ***

Coretan sape la nih..haduiii
sdey2..tp ok la

laki bese ego..so nk wat2 romantik2 sgt ni xde la..
hahaha

:)

Achan Sinclair said...

Asal aku nampak komen Bajet kat blog ni..dia tak sedar ke kewujudan poit ke 15. Aku mengaku mungkin mengamalkan kurang dari 4 dari list tersebut. Tapi gua memang plg mengamalkan point ke -24..gua tau Bajet pun sama..'Pendengar Yang Setia'..dengar aja...masuk kepala belum tentu..

okay 3/30...27 tahun lagi aku contant ko izza..haha

izza` said...

sbb tu nk kene carik lagi yg tak ego membuta~~! :P

ahaha. ppuan bnyk sgt potpet ke? ehe handoi la.. 27 taun lg? sila2 contact. no fon ak setia sama spt yg tertera XD
note: tu pn kalo ak blom ber anak cucu.

Unknown said...

saya tidak bersetuju dgn point ke 27. ahhaa

izza` said...

Drum Kit.

27.Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.

sy pun rasa begitu. setuju tang 'wanita bersifat sentimental' shj. tapi xderla smpai hidup mati psl cinta je kn kn~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...